Nazrin juga gagal ke China ?


Pemain bolasepak sensasi Negeri Sembilan Nazrin Nawi begitu kecewa kerana gagal ke China dalam aksi persahabatan diantara Harimau Malaya dan China pada 10 sept nanti .

Nazrin yang tampil cermelang dengan pasukan Negeri Sembilan musim ini terpaksa menerima hakikat melupakan aksi tersebut .

Katanya " Sudah tentu saya kecewa apabila terpaksa diketepikan terutama selepas saya bersemangat untuk bersama skuad negara ke China "

"Apa pun saya berdoa supaya rakan-rakan dapat melakukan yang terbaik sekali gus mengatasi China dalam aksi tersebut "

Kelmarin , ketua jurulatih Datuk K.Rajagobal mengumumkan bahawa beliau terpaksa melupakan khidmat Nazrin setelah pemain itu mengalami cedera pangkal paha dan perlu jalani rawatan pemulihan selama 10 hari.

Nazri merupakan pemain ketiga yang terpaksa lupakan skuad negara selepas dua pemain Kelantan Khairul Fahmi Che Mat dan Farisham Ismail di ketepikan -Sumber Sinar