N9 di gesa bermain habis - habisan untuk layak ke Suku Akhir Piala Malaysia !


Nazrin Nawi pemain sensasi N9
Pemain skuad Negeri Sembilan dingatkan untuk bermain bersungguh-sungguh ketika menentang Terengganu pada perlawanan akhir kumpulan C Watsons Piala Malaysia.

Jurulatih Negeri Sembilan Ridzuan Abu Shah mengingatkan pemainnya agar bermain habis-habisan ketika menentang Terengganu pada perlawanan akhir kumpulan C Watsons Piala Malaysia Sabtu ini bagi mencerahkan peluang ke peringkat suku akhir.

Katanya Negeri Sembilan tiada pilihan lain, selain perlu menang bagi mengesahkan tempat ke suku akhir.

"Saya tidak ada strategi tertentu pada perlawanan Sabtu ini tetapi mengarahkan pemain saya untuk mengamalkan corak permainan menyerang mencari gol kemenangan," katanya.

Setelah mengharungi lima perlawanan setakat ini, skuad Rusa memperoleh tujuh mata untuk menduduki tempat ketiga selepas Pahang dan Kelantan yang masing-masing mengutip lapan mata.

Manakala Terengganu pula berada di tangga terbawah kumpulan C dengan mengumpul empat mata.
Hanya dua tempat teratas kumpulan akan mara ke perlawanan suku akhir. - Online