Mahkamah terima lafaz cerai Aidil Zafuan terhadap Rita Rudaini !


SEREMBAN -Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini menerima lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat pemain bola sepak Malaysia Aidil Zafuan Abd Razak,24, terhadap isterinya yang juga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36.

Lafaz cerai talak satu yang dibuat melaluai pesanan ringkas (SMS) pada 4 ogos 2013 , dengan pengesahan dan penerimaan dari Mahkamah dapat selesaikan kemelut rumah tangga Aidil dan Rita .