Leka berlumba haram 3 remaja maut dirempuh lori tangki !


ROMPIN 14 Sept. - Padah merempit.

Begitu yang berlaku terhadap tiga remaja yang terbunuh selepas selepas motosikal ditunggang mereka gagal mengelak sebuah lori tangki minyak ketika sedang berlumba haram di Kilometer 120.5, Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa ialah Mohamad Mubarak Mohamad Sabri, 18; Mohd. Ilham Kusyairy Ahmad Roslan, 16, dan Mohd. Hakim Ghazali, 17, yang kesemuanya berasal dari Felda Keratong 9 di sini. - Utusan