Kelebihan Samsung Galaxy Note 3 !


Jika nak ikut model telefon ni memang tak terkejar kita , bro dh 10 bulan pakai note 2 , namun sekarang dh muncul note 3 di pasaran , namun ini terpulang lah pada individu masing-masing bagi pengemar gajet-gejet yang terbaru mereka tak akan melepaskan peluang untuk miliki setiap gajet yang terbaru .

Jom kita review sikit pasal kelebihan Samsung Galaxy Note 3 ini :-


Samsung juga memperkenalkan Galaxy Note 3 yang menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk lebih nipis dan ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak, lebih berkuasa dan bateri tahan lebih lama.
Buat pertama kalinya, Note 3 mempunyai belakang yang bertekstur dan ia boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu,fungsi S Pen diperkasakan dengan kemampuan berbilang tugasan yang lebih canggih.

Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta, membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.

S Note juga dikemas kini dan lebih intuitif serta senang disusun. Ia juga lebih senang untuk menulis maklumat.
Note 3 juga mempunyai ‘multiwindow’ yang lebih baik di mana aplikasi sama boleh dibuka dalam dua tetingkap berasingan.

Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Contohnya, video boleh dimainkan empat jam lebih lama iaitu peningkatan kira-kira 40 peratu

SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY NOTE 3:

Harga: RM2,399
Rangkaian: 2.5G (GSM/ GPRS/ EDGE): 850 / 900 / 1800 / 1900 MHz, 3G (HSPA+ 42Mbps): 850 / 900 / 1900 / 2100 MHz, 4G (LTE Cat 4 150/50Mbps)
Pemprosesan: 1.9 GHz Octa Core Processor ( A15 1.9 GHz + A7 1.3 GHz)
Paparan: 5.7 inci Full HD Super AMOLED (1920 x 1080)
OS: Android 4.3 (Jelly Bean)
Kamera: 13MP
Sambungan: WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (HT80), GPS / GLONASS, NFC,† Bluetooth(R) v 4.0 (LE)Memori: 32GB 
RAM: 3GB
Dimensi: 151.2 x 79.2 x 8.3mm
Berat: 168g
Bateri: 3,200mAh