Isu perpindahan untuk musim depan Norfarhan Muhammad kecewa spekulasi tidak berasas sebuah akhbar ?

Norfarhan kecewa dengan spekulasi sebuah akhbar tempatan.

"Tolong jangan ganggu perjalanan Piala Malaysia dengan kenyataan yang tidak sahih. Saya pun tak faham samaada ianya bertujuan untuk melariskan akhbar atau apa. Tidak sepatutnya akhbar tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu"

"Saya masih tertanya-tanya apakah motif semua itu? Dan siapa yang mereka maksudkan berada di dalam dilema? Yang jelas, saya terganggu dan tertekan dengan spekulasi dikeluarkan yang bukan datangnya dari mulut saya atau wakil saya. Saya amat kecewa", jelas Norfarhan ketika dihubungi wartawan TRWFC sebentar tadi (11 September 2013).