Imbasan tragedi 11 September selepas 12 tahun !


Rakyat berbilang agama berkumpul memperingati Tragedi 11 September
HARI INI, dunia memperingati ulang tahun ke-12 serangan 11 September 2001. Ia membabitkan empat serangan serentak terhadap sasaran di New York dan Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Anggota al-Qaeda didakwa merampas empat pesawat dan menggunakan dua daripadanya untuk merempuh Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Kedua-dua menara itu musnah sama sekali dalam masa dua jam.

IMBAS KEMBALI... suasana ketika dan selepas serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York, pesawat ketiga digunakan untuk merempuh Pentagon di Arlington, Virginia. Apabila penumpang cuba menguasai pesawat keempat, Penerbangan 93 United Airlines, ia terhempas di kawasan lapang berhampiran Shanksville, Pennsylvania, menghalangnya daripada sampai ke sasaran di Washington,DC. Hampir 3,000 orang terbunuh dalam serangan itu.