Honda Accord baru dilancarkan !


SETIA ALAM - Honda Malaysia melancarkan model terbaru Accord dengan tiga varians 2.0VTi , 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Honda Malaysia Yoichero Ueno sebentar tadi .

Ketiga-tiga varians ini direka khas dengan konsep Manusia maksimum mesin menimum yang menggabungkan teknologi terkini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna

Setakat ini ketiga tiga varians ini telah menerima lebih 300 tempahan untuk harga RM139,000 bagi varians 2.0VTi , RM149,800 bagi varians 2.0VTi-L dan RM 172,800 bagi varians 2.4VTi-L kata Yoichero