Harga minyak mungkin naik lagi ?



Harga minyak RON95 mungkin naik lagi , orang ramai boleh menjangka kenaikan harga minyak selanjutnya dalam masa terdekat  sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara .

Langkah ini bagi membantu mengurangkan penyeludupan bahan api itu ke negara-negara jiran terdekat kerana bahan api dinegara ini lebih murah , pengurangan subsidi ini boleh menghalang mereka melakukan aktiviti penyeludupan tersebut ,  kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum ( PDAM )  Datuk Hashim Othman. 

Pengurangan subsidi kerajaan juga boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insuran kenderaan kapasiti enjin kurang dari 2000cc.