Gambar wajah isteri baru Jimmy Shanley ?


Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley yang sebelum ini menghadapi kemulut dalam kehidupan nya,namun sekarang ini Jimmy di khabarkan telah menumai kebahagianya . 
Dua hari lalu,  laporan ada menyebut pelakon dan pengacara Jimmy Shanley akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjawab desas-desus mengenai dia telah berkahwin dengan seorang janda kaya.
Dan petang semalam, Jimmy telah memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita bertudung dan kanak-kanak perempuan dipercayai anak Jimmy, Zahrah Rania, 2.
Apa yang menjadi perhatian ramai, gambar itu seakan cuba menyampaikan mesej yang mereka sedang berbahagia menikmati makan malam sebagai sebuah keluarga.
Melalui gambar yang dikongsikan di Twitter itu juga, Jimmy seperti sudah berani atau mungkin telah bersedia untuk berkongsi mengenai kisah perkahwinannya dengan semua orang terutama sekali peminatnya.
Namun sehingga kini masih belum dapat dipastikan siapakah gerangan wanita berkenaan.
Jika benar itu adalah isteri baru Jimmy, sama-samalah kita doakan kebahagiaan untuk perkahwinannya kali ini terus berkekalan sehingga akhir hayat  Amin - Online