Gambar kemalangan maut di Jalan Ukm persimpangan Teras Jernang Bangi Lama .

Seorang ustazah berusia 35' tahun bersama tiga anak nya maut didalam kemalangan yang membabitkan kereta produa kancil milik mangsa yang  bertembung dengan sebuah lori dari arah yang bertentang di kilometer 8 persimpangan traffic light Teras Jernang jalan Ukm Bangi lama.

Kejadian berlaku 12.10 tengahari ketika mangsa bersama empat anaknya dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK ) Bandar Baru Bangi tempat beliau mengajar .

Beliau dan ketiga-tiga anaknya berusia 9 tahun ,7 tahun dan 1 tahun meninggal dunia manakala seoarang lagi berusia 3tahun kritikal yang kini dirawat di Hospital Kajang .

Pemandu lori yang terlibat hanya mengalami kecederaan kecil dan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan , kesemua jenazah di hantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat .

Al-fatihah dan Salam takziah untuk seluruh keluarga Allyarhamah semoga roh mereka di cucuri rahmat , amin


1 ulasan:

al fatihah..semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang berimann..

Reply