Dua sepakan percuma JDT rencatkan impian Kelantan ke separuh Akhir !

Jasazrin Jamaludin jaringkan gol minit ke4
Gol JDT seawal minit ke 4 melaluai Jasazrin Jamludin melaluai sepakan percuma yang di hadiahkan oleh pengadil sedikit sebanyak merencatkan aksi anak buah Boyan Hodak .

Gol semangat itu lah yang menyebabkan JDT terus bernafsu untuk menambah jaringan,serangan demi serangan akhir nya gol ke 2 terhasil melaluai penyerang sensai Mat Yo pada minit ke 20,Mat yo membuktikan beliau masih berbisa walaupan berbagai kontrolversi melanda dirinya .

Namun selang dua minit Indra Putra Mahyuddin berjaya merapakan kedudukan pada minit ke 23 , permainan semakin rancak , JDT berjaya mendapatkan sepakan panelti apabila Safee Sali di jatuh kan oleh Khairul Fahmi , namun sepakan yang di ambil oleh Safee di tepis kemas oleh Fahmi  , JDT menambah gol lagi melaluai bekas Kapten mereka Syafiq Rahim minit ke38 , tamat separuh masa pertama JDT selesa dengan 3-1 mengatasi Kelantan .

Bermula separuh masa kedua Kelantan mula mengasak pelung demi peluang namun gagal disudahkan akhirnya pada minit ke 49 Obinna berjaya merapakan jurang dengan tandukan cantik gagal diselamatkan oleh Alhafiz penjaga gol Johor.

Nunez jarikan gol minit ke 81 
Nunez di masukan pada minit ke 75 mengantikan Muhd Haidin , Sekali lagi pengadil menghadiahkan sepakan Percuma yang menghasilkan gol oleh Nunez minit ke 81  , keputusan penuh JDT 4 Kelantan 2, keputusan yang cukup selesa untuk JDT untuk bekalan di separuh akhir ke 2 pada 5 oktober nanti di Kota Baharu .