Adam Af nikah Fiza Elite hari ini !

Adam dan Fiza bakal bergelar suami isteri hari ini .
Pasangan ini akan bernikah hari ini 26 sept 2013 di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi,semoga majlis pagi ini akan berjalan lancar.

Berbalik pada kisah hubungan Adam dan Fiza ,tak ramai yang tahu mengenai kisah percintaan mereka ini ,Fiza baru mengenali Adam sekitar bulan Ramadhan yang lalu selepas niatnya untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki tidak kesampaian.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.
Berbeza dengan Adam yang berusia 29 tahun, ini adalah pengalaman pertamanya menjadi suami dan nampaknya perbezaan umur empat tahun langsung tidak menjadi masalah buat Adam.
Malah, penyanyi ini turut mendedahkan pintu hatinya terbuka untuk menerima Fiza sebagai isteri walaupun baru sahaja mengenali pelakon itu , Allhamduliah dan Tahniah diucapkan .