Aaron Aziz suntik steroid bagi jayakan Fear Factor 2 di Cape Town !


Pelakon Aaron Aziz yang menghidap sakit sendi tengkuk , Aaron terpaksa meminta kebenaran untuk keluar wad kerana terpaksa bertolak ke Cape Town, Afrika Selatan bagi menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 pada malam Jumaat.
"Sepatutnya Aaron tidak dibenarkan ke mana-mana kerana perlu menjalani rawatan fisioterapi selama tiga bulan,tetapi Aaron akan bertolak ke Cape Town dan doktor membenarkannya keluar selepas diberi tiga kali suntikan steroid.
Suntikan itu akan bertahan selama sebulan, sepanjang penggambaran Fear Factor Malaysia 2. Dan kemudian apabila pulang ke Malaysia, dia wajib menjalani rawatan itu selama tiga bulan," katanya.