412,245 peminjam PTPTN belum bayar balik pinjaman !


Seramai 412,245 daripada 1.2 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos lalu.
Kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 328,550 peminjam, diikuti Cina (55,445) dan India dengan 28,250 peminjam.
Statistik peminjam yang tidak membuat balik pinjaman mengikut negeri tertinggi adalah Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
PTPTN juga mengenakan tindakan penguatkuasaan dengan menyenaraihitam peminjam ke luar negara dan saman kepada peminjam bagi meningkat tahap kesedaran dan kewajipan membayar balik pinjaman.