2 orang maut akibat keracunan makanan di kenduri khawin di Kedah !


JERAI 30 Sept. - Dua orang maut sementara kira-kira 30 lagi dimasukkan ke Hospital Yan di sini dipercayai keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Sabtu lalu.

Mangsa pertama, Shazana Mohd. Rashid, 24 meninggal dunia di Hospital Yan kira-kira pukul 1 petang tadi sementara seorang lagi mangsa Mohd. Nor Rahmat Yusuf, 11, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital itu.

Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat. Kesemua mangsa lain kini mendapat rawatan di Hospital Yan