1Azam - Siasatan untuk selamatkan wang rakyat !


Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung program 1Azam diharapkan dapat menyekat lebih banyak penyelewengan wang rakyat.

Sepanjang program itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion dan 132,511 individu layak menerimanya di seluruh negara sejak projek perintis dijalankan akhir Januari 2010 lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan menjurus kepada individu yang cuba melakukan salah laku berkaitan program itu.

"Program yang dilakukan adalah baik untuk rakyat, tetapi ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap peruntukan yang disediakan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim dan beberapa individu bagi tujuan membantu siasatan.