Kekalahan Malaysia Tidak Wajar Apex di Salahkan !!

Kekalahan Pasukan Bolasepak Malaysia dalam perlawanan pertama Bolasepak Aff 2012 kepada Singapura meresahkan seluruh peminat Bolasepak Malaysia .

Namun kekalahan besar 0 - 3 kepada Singapura sedikit sebanyak mencalarkan  imej Bolasepak Malaysia , dalam perlawanan Kalah dan Menang adat pertandingan , namun amat tidak wajar menyalahkan orang perseorangan dalam kekalahan tersebut sedangkan permainan dalam satu pasukan .

Ini lah yang menimpa Penjaga Gol No 1 Negara Khairul Fahmi Che Mat ( Apex ) sesetengah pihak terus menundur jari kepada Penjaga Gol tersebut atas kekalahan Pasukan Malaysia , mungkin disebabkan sedikit kecuaian atau kelekaan beliau menepis bola menyebabkan pihak lawan berjaya menjaringkan gol .

Itu tidak wajar kerana tugas penjaga gol adalah menjaga sebaik mungkin pitu gol namun mestilah di bantu oleh pertahanan jadi amat tidak wajar apex di salahkan dalam kekalahan ini .

Kami peminat setia Pasukan Bolasepak Malaysia dan Kelantan mengharapkan pihak -pihak yang lebih ariff memikirkan dahulu sebelum mengeluarkan dan menyalahkan suatu pihak atas kekalahan tersebut .

Kita Juga memohom Penjaga Gol ke 2 Farizal Marlis di turun kan untuk Game Ke 2 menentang Laos .. Kita peminat tidak mahu Khairul Fahmi di jadikan Kambing Hitam " Hebat Di Sanjung Lemah di Kutuk "

Selamat Berjaya Harimau Malaya untuk Game akan datang . Selamanya Harimau Malaya .