Dulu Sarbine Alawi , Selepas Itu Khairul Fahmi dan Sekarang Farizal Marlias - Posisi Penjaga Gol Utama Harimau Malaya


Semasa Piala Aff Suzuki 2010 Sarbini adalah penjaga Gol Utama Harimau Malaya dalam kempen Piala Aff pada masa itu.

Namun akibat Malaysia tewas pada Indonesia 5 - 1 pada Masa itu , Sarbinee di gugurkan sebagai penjaga gol Utama tempat beliau di gantikan penjaga gol no 2 pada masa itu Khairul Fahmi Che Mat .

Khairul fahmi Che Mat di tugaskan menjaga gol sehingga lah Malaysia berjaya menjadi Juara Piala Suzuki Aff 2010 dan Khairul fahmi di nobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Asia Tenggara .


Setuasi hampir sama seperti mana Sarbine yang di persalahkan akibat bolos 5 go1 kepada Indonesia pada masa itu  , Kini skrip itu berulang lagi dalam Aff 2012 Khairul Fahmi pula di gugur kan akibat bolos 3 gol kepada Singapura dalam perlawanan pertama Malaysia Aff 2012 ,tempat Khairul Fahmi kini di ganti penjaga gol ke 2 Farizal Marlias dan Harimau Malaya berjaya menewaskan Laos 4- 1 dalam Perlawanan ke dua .


Kini Harimau Malaya akan berhadapan dengan Indonesia pada 1 .12.2012 bagi mencari Slot ke Separuh Akhir , mungkin kah Farizal terus di beri tugas tersebut untuk Menjaga Gawang Malaysia .

Siapa pun yang di Pilih untuk menjadi Penjaga Gol Utama kita mengharapkan Malaysia berjaya melangkah ke Peringkat seterusnya seperti mana yang telah di bukitkan oleh Khairul Fahmi dan rakan pada Piala Aff 2010.

Selamat Berjaya untuk Farizal Marlias dan Skuad Harimau Malaya seterusnya menjulang nama Malaysia dalam persada bolasepak Asia Tenggara .