28 Disember 2012 Tarikh Pernikahan Apex dan Uny , Astro Ria Penyiar Rasmi Majlis Tersebut

Apex dan Uny 

Sidang Media Perkhawinan Apex 

Apex di Majlis Sidang media Perkhawiannya 

Penjaga Gol no 1 negara Khairul fahmi Che Mat akan melangsungkan perkhawinan pada 28 Disember 2012   majlis akan berlangsung di Pasir Pekan Tumpat Kelantan di rumah pasangannya Uny Natasha , Manakala Majlis resepsi nya akan di adakan pada 30 Disember 2012 di Hotel Renaissance Kota Bharu dengan konsep melayu kontemporari .

Manakala Majlis di rumah Khairul Fahmi akan berlansung pada 5 Januari 2013 di Kampung Chenang Kota Bharu . Satu Majlis juga akan di adakan di Kuala Lumpur pada 13 Januari 2013 yang akan berlansung secara tertutup di Hotel Royale Bintang Damansara bermula jam 8 malam , majlis ini akan di siarkan secara Langsung oleh Astro Ria Selaku Penaja Rasmi Majlis Perkhawianan Apex .

Pada sidang media tadi Astro Ria diumumkan sebagai penyiar rasmi , Satu rancangan Pra Perkhawian Apex juga bakal di siarkan di Astro Ria sempena Majlis Perkhawinan tersebut .

Sebagai Peminat setia pasukan Bolasepak Kelantan dan Bolasepak Malaysia , Bro doakan Agar Majlis perkhawian Apex dan Uny berjalan lancar Insyallah .