Rayuan Norfarhan di Tolak - Kelantan beraksi tanpa Farhan di Final


Seperti yang telah dijangkakan Kelantan terpaksa melupakan khidmat penyerang berbisa Norfarhan Muhammad untuk beraksi di Final Piala Malaysia sabtu ini .

Norfarhan tidak dapat beraksi setelah Persatuan Bolasepak Malaysia FAM menolak rayuan Persatuan Bolasepak Kelantan KAFA .

Norfarhan digantung satu perlawanan akibat menerima dua kad kuning , Kelantan juga kehilangan penyerang Import Muhammad Ghaddar juga digantung disebabkan dua kad kuning .

Mengikut Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin  Ahmad rayuan tersebut hanya boleh dikemukakan pada peringkat kumpulan sahaja , ini bukan peraturan FAM sebaliknya peraturan ini telah di buat oleh FIFA.

*credit pic : yusranyusof.com /kelate.net