Penerima BR1M yang lalu tidak perlu lagi memohon kerana mereka akan layak secara automatik


Penerima BR1M 1.0 yang lalu mereka tidak perlu lagi memohon untuk BR1M 2.0 yang akan dibuka permohonannya pada 1 November nanti , mereka dikira layak secara automatik namun pemeriksaan tetap akan dijalankan.

Mungkin ada pengubahsuaian kepada penerima  tersebut seperti mungkin ketua keluarga yang menerima  telah meninggal dunia maka isterinya layak menerima bantuan tersebut , pemberian BR1M 2.0 akan dilaksanakan awal tahun depan .