Menanti Hari Bahagia - Nurul Azwa Roya , Rizal Fahmi dan Khairul Fahmi



Tiga Pemain Bolasepak The Red Warriors bakal ke jinjang pelamin tak lama lagi , Sama-sama kita doa kan agar hasrat dan impian mereka di izinkan Allah .

Awe dan Jannah

Awe dan Jannah
Nurul Azwa Roya ( Awe ) yang khabar nya akan ke Pasukan Johor untuk tahun 2013 bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan dari Johor , di khabarkan majis tersebut bakal berlangsung November depan .

Rizal dan Maz

Rizal dan Maz
Rizalfahmi Rosid juga akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan yang berasal dari Kuala Lumpur , dikhabarkan majlis tersebut bakal berlangsung Disember namun bergantung kepada Rizal yang khabarnya terpilih untuk mengantikan Pemain Bolasepak Kelantan Subramaniam yang cedera di dalam Pasukan Bolasepak Harimau Malaya yang akan bertanding di Piala AFF November Ini , namun lewat atau cepat bro doa kan agar Majlis tersebut akan berlansung dengan jayanya Insyallah .

Apex dan Uny

Apex dan Uny
Manakala Khairul Fahmi Che Mat penjaga Gol No 1 Asia Tenggara dan Malaysia serta Kelantan juga bakal
menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan yang juga berasal dari Kelantan di khabarkan Majlis pertunangan dan perkhawinan akan berlangsung serentak pada penghujung Disember atau awal Januari 2013.


Sama-sama kita doa akan agar hasrat dan keinginan mereka di izin kan Allah , Buat Awe , Rizal dan Apex moga terus berjaya dalam kerjaya Bolasepak Anda .