Kelantan berjaya tewaskan Selangor 1-0 separuh akhir pertama Piala Malaysia 2012


Dalam perlawanan sebentar tadi di stadium sultan Muhammad ke iv Kota Bharu , Kelantan berjaya  menewaskan  Selangor dengan 1- 0 gol dijaringkan oleh Norfarhan Muhammad separuh masa ke 2

Dengan sokongan lebih 25ribu di Stadium Sultan Muhammd ke iv , Kelantan bermula dengan aksi kurang memberangsangkan dengan percubaan yang kurang tepat meresahkan para penonton  yang berada di Stadium.

Bermula separuh masa ke2 kedua pasukan mula menunjukan corak permainan menyerang dengan Kelantan banyak menguasai perlawanan , dan hasilnya Norfahan berjaya menjaringkan gol mengembirakan 25ribu penonton yang berada di Stadium .

Namun nasib tidak berpihak pada Selangor apabila pemainnya Nasriq Bahrom yang dikenakan kad merah apabila mengasari pemain Kelantan Nurul Azwan  roya ,  namun walaupun bermain 10 orang Kelantan gagal mengambil peluang untuk menambah gol .

Keputusan penuh sehingga wisel penamat Kelantan 1 Selangor 0 , mereka akan bertarung di Shah Alam pada pusingan ke dua 12 Oktober nanti . Tahniah Kelantan gomo Kelate gomo .

*Credit Pic : Jphotography/facebook