Harga Tiket Final Piala Malaysia 2012 adalah RM40 Dewasa RM 5 Kanak-Kanak

Harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober ini dikurangkan daripada RM50 menjadi RM40 , kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Amin .

Jelasnya perubahan tersebut dilakukan selepas perbincangan bersama jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM selepas mengambil kira setuasi semasa .

Setelah mengambil kira berbagai faktor , kami peka dengan kehendak penyokong terutama selepas harga tiket dinaikan RM50 tahun lalu oleh itu FAM sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan harga tiket kepada RM40 Dewasa dan RM5 bagi Kanak-kanak " Kata Datuk Hamidin ketika dihubungi SinarHarian Online .

*Credit info : www.sinarharian.com.my