Hadiah awal untuk Kelantan - didenda 40K akibat balingan objek kedalam padang semasa ATM vs Kelantan di Selayang .

Dua Hari sebelum final Piala Malaysia 2012 , Team Kelantan di denda 40k Akibat balingan objek didalam padang  semasa Perlawanan diantara ATM vs Kelantan di Stadium Selayang pada peringkat kempulan Piala Malaysia yang lalu yang menyebabkan perlawanan ditangguh 17 minit.

Ini merupakan perkhabaran buruk untuk Team The Red Warriors Dan seluruh peminat bolasepak Kelantan , sepatutnya perkara ini tak perlu didedahkan Sekarang Tunggu lah Selepas Final nanti Namun apa nak buat , siapa lah kita .

Kami sebagai peminat setia The Red Warriors merasa kecewa dengan apa yang berlaku pada Team Kelantan , disebabkan segelintir peminat yang membuatkan Hal semua orang dipandang Buruk , pihak berkuasa patut tegas dalam Hal ni , sesesiapa yang bersalah melakukan balingan objek dan letupan Mercun atau apa saja sepatutnya dihukum dedahkan segala hukuman yang dibuat pada individu tersebut.

Tidak wajar Persatuan Bolasepak Kelantan KAFA didenda disebabkan penyokong yang tidak bermoral , padan Hal kelab-kelab peminat The Red Warriors selalu mewawarkan Kepada seluruh peminat jauhi perkara-perkara yang tidak diingini didalam Stadium seperti baling objek , letupan Mercun , jaga perilaku semasa distadium Dan bermacam- macam lagi .
Pihak Stadium juga sepatutnya memikirkan cara lain untuk melakukan aktiviti penjualan makanan didalam stadium , satu peraturan perlu diadakan contohnya tidak dibenarkan membawa makanan di kawasan tempat duduk penonton dan bermacam cara lagi .

Jika macam ni dah Tawar hati nak support Bolasepak Malaysia - ini pendapat peribadi bro tak pastilah para peminat lain . Pada badan-badan induk yang terlibat bertindak Adil lah Demi Bolasepak Malaysia .

Untuk The Red Warriors Bersabar lah Allah sentiasa bersama dengan pihak yang Benar Gomo Kelate Gomo !!!

*Credit karikatur pada : Ikhsan Ise / facebook