Ganjaran untuk The Red Warriors jika Juara Piala Malaysia 2012



Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata ganjaran  istemewa bakal menanti kepada semua Pemain The Red Warriors seadainya muncul Juara Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung sabtu ini .

Antara ganjaran nya adalah mereka akan di beri sebidang tanah lot rumah bernilai Rm60,000 hingga RM80,000 bernilai lebih 2juta dan beberapa anugerah lain juga menanti sebagai Juara 3 Piala .

Tan Sri telah berjumpa para pemain menyampaikan bonus RM125,000 kepada The Red Warriors kerana berjaya ke Final Piala Malaysia 2012.

Tan Sri tidak dapat bersama The Red Warriors pada sabtu ini kerana beliau akan berlepas ke Mekah menunaikan Ibadat Haji , kita ucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci pada Tan Sri dan sama- sama kita doakan Kelantan berjaya muncul Juara Piala Malaysia untuk tahun ini melengkapkan Juara Treble.