Daging Masak Kicap - Ala Kelantan menu kegemaran Bro ketika Aidiladha

Esok 26 okt 2012 semua umat Islam akan memyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban , apabila dah raya korban ni banyak lah kita dapat makan daging yang fresh .

Bro paling suka makan adalah daging masak kicap -ala Kelantan , menu ni selalu wife bro masak sebab dia tahu ni kegemaran bro .

Walaupun wife bro bukan orang Kelantan namun dia tahu dan cuba belajar segala masakan kegemaran bro , dia kata senang je nak masak daging masak kicap ni .

Gambar Hiasan / image google 
Kat sini bro copy paste Respi Daging Masak Kicap dari Blog kawan di Google ni , Wife kata memang sama respinya :

Bahan2:
1/2kg daging segar (aku guna daging segar batang pinang)
1 bijik bawang holland (yang kaler kuning tuh) - hiris 
1 ulas bawang putih - hiris
Cili besar hijau - hiris
Cili padi hijau - hiris
Garam, Serbuk Kunyik

Cara2:
1. daging tuh dihiris nipis, dibasuh dan campak dalam kuali tunggu sampai air daging tuh kering
2. kalau air daging dah kering, try korang amik 1 keping dan gigit, kalau dah lembut, sila terus ke langkah ke empat...kalau masih liat, sila ke langkat ke 3
3. kalau masih liat, tambahkan air dalam kuali tuh...jangan tambah banyak sangat...tambah 1/2 cawan jerk dulu...baca balik langkah 2
4. daging dah lembutkan, sila ketepikan daging dan tuang minyak masak ke dalam kuali yang dah separa rentung tuh...hehehe pastu boleh tumis bawang putih ngan bawang holland
5. masukkan daging, garam, kunyit - goreng sekejap
6. agak2 daging tuh dah separa garing (jgangan garing sangat, kang keras giler) masukkan cili-cili semua
7. biarkan 1/2 minit, dan sedia untuk ngap!!!

Ini lah resepi bro dapat dari blog kawan di google ni .. tq pada : akukarak83.blogspot.com/2012/06/daging-goreng-ala-kelantan.html