Cuti lagi untuk peminat The Red Warriors di Kelantan dan semua Rakyat Kelantan

Kerajaan Negeri Kelantan mengistiharkan cuti perstiwa untuk seluruh Negeri Kelantan pada 21 Oktober 2012 sempena Final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2012 diantara Kelantan dan ATM di Shah Alam Selangor.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan , Belia , Sukan dan NGO Negeri Kelantan Datuk Abd Fattah Mahmood di Kediaman Menteri Besar .

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat berharap para peminat bolasepak Kelantan yang akan ke Shah Alam berada dalam keadaan selesa pergi dan balik serta mematuhai peraturan jalan raya agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini .

Ini adalah cuti peristiwa kali ke dua untuk tahun ni selepas yang pertama dimana Kelantan muncul Juara Piala Fa menewaskan Sime Darby .