Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Sertai Pasukan Bolasepak Johor untuk tahun 2013

Aidil dan Zaquan
Mohd Aidil Zafuan dan kembarnya Zaquan Adha akan sertai Pasukan Bolasepak Johor untuk musim 2013, mereka yang kini mewakali Pasukan Bolasepak ATM tidak menyambung kontrak mereka selama setahun dengan ATM yang akan tamat hujung tahun ini .

Aidil memberi tahu melaluai laman facebook beliau " Selamat Tinggal ATM .. Selamat Datang Johor .. semoga suksess pemain-pemain ATM ..Mungkin rezeki tak ada di ATM so berpindah la nampaknya .. main bola mana-mana pun boleh yang penting ikhlas .. TQ coach Sathia "

Johor mugkin akan menjadi Pasukan bolasepak hebat untuk musim 2013 sekiranya langkah pengurusan Pasukan Bolasepak Johor berjaya membawa pemain-pemain ternama negara untuk musim 2013 , sama-sama kita tunggu siapa lagi pemain popular negara akan sertai Johor .

Good Luck untuk Aidil , Zaquan dan Persatuan Bolasepak Johor , Semoga Bolasepak Malaysia kembali meriah dengan pasukan -pasukan yang hebat seperti The Red Warriors - Kelantan FA , Sime Darby FC , ATM FA ,Selangor FA dan banyak lagi pasukan hebat Bolasepak Malaysia .


1 ulasan:

Orait ..ATM tak akan goyah..pasti ATM akn dapatkan yang lebih baik...GOGOGO ATM..

Reply