Selamat Pengantin Baru Nurul dan Eric Daniel Deep






Penyanyi, Nurul Huda Abdul Wahab sah menjadi isteri kepada jejaka dari Perancis, Eric Daniel Depp selepas mereka diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan bertemakan taman Inggeris di Duchess Place, Jalan Ampang, pagi tadi. 

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam WilayahPersekutuan (JAWI), Azizan Othman.
Dengan hanya sekali lafaz daripada Eric, pengantin perempuan yang diwalikan abangnya, Rizal Abdul Wahab, selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin RM80 dan cek hantaran bernilai 5,000 Euro (RM19,863.35) kira-kira jam 11.20 minit. Nurul berkata, dia berkenalan dengan lelaki Perancis itu menerusi rakannya, pelakon Zahida Rafik.

“Allah menghantar dia untuk saya dan semuanya bermula apabila Zahida memperkenalkannya kepada saya ketika mahu mendekati produk Herbalife yang menjadi perniagaan suami kini,” katanya yang percaya, lelaki baik hadir dalam keluarga yang baik juga. 

Antara rakan artis lain yang hadir memeriahkan majlis ialah Amy Mastura, Misha Omar dan Jehan Miskin. Majlis diacarakan Ieda Moin dan Shah Shamsiri. 
Majlis bertambah indah apabila Nurul turut diapit anak perempuannya, Ayu Nazirah hasil perkahwinan terdahulu iaitu bersama komposer, Ajai.