Lagu Maafkan Aku - Afee Utopia ‘berhantu’



Maafkan Aku - Afee Utopia

Setelah kau pergi tinggalah aku sendiri
Baru ku sedar semua pengorbanan mu
Selama ini ku tak peduli ku persiakan hidup mu
Keegoan ku ini memakan diri
Tuhan tolonglah kurindu dia
Kembalikanlah asmara cinta mekar sewangi dulu
Ku harap engkau maafkanlah diri ku
Aku bersalah mempermainkan mu
Hingga membuat kau sengsara
Berilah peluang untuk kali kedua
Akan ku buktikan kasih dan sayang ku
Terhadap mu
Mengapa dulu
Kau hancurkan hati ini
Mengapa engkau
Tak serius dalam cinta
Kenapa kini baru
Engkau menyesalinya
Sedangkan aku kini
Telah dimiliki
Berilah peluang untuk kali kedua
Akan ku buktikan kasih dan sayang ku
Terhadap mu
Tuhan tolonglah kurindu dia
Kembalikanlah asmara cinta mekar sewangi dulu
Ku harap engkau maafkanlah diri ku
Aku bersalah mempermainkan mu
Ooo… dalam sengsara

Kisah Di Metro :

ADA pasangan suami isteri tidak jadi berpisah dek kerana melodi dan lirik lagu Maafkan Aku, nyanyian Afee Utopia ciptaan komposer tangkap leleh, Eddie Hamid.
Begitulah penangan lagu itu yang semakin meletup dalam carta radio dan memikat hati pendengar. Apa menariknya, lagu Maafkan Aku berkisar mengenai ‘nilai dan akhlak memaafkan pasangan’ yang disifatkan Afee sangat menarik. 
“Lirik dan melodi ini kena dengan jiwa saya apatah emosi yang disuntik ketika menyanyikannya boleh menyentuh emosi dan jiwa orang mendengar. Saya harap ia dapat membantu orang berfikir dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.
“Lagu ini ada melodi dan lenggok sangat kemelayuan dan nada tidak terlalu tinggi seperti kebanyakan vokal Utopia. 
“Proses rakaman lagu lama kerana Eddie beberapa kali merombak lagu untuk mendapat susunan dan melodi lebih menangkap. 
“Lagu ini hadir tepat pada masanya ketika saya memang mencari lagu baru dan kebetulan Eddie ada bertanya sekiranya saya mahu lagu baru. Atas cadangan FMC Record, kami masuk studio dan terus merakam lagu Maafkan Aku awal tahun ini. Saya rasa ini jawapan terbaik selama enam tahun bergerak sebagai penyanyi solo.

Lagu ini menandakan kerjasama sulung bersama Eddie kerana kebanyakan lagu Utopia dicipta oleh Datuk M Nasir dan lirik ditulis oleh arwah Loloq,” katanya.

Dia kini sibuk mempromosi album solo bertajuk Maafkan Aku menerusi persembahan di merata tempat.

Lima daripada lagu lain dalam album itu dirakam semula seperti Maya Percintaan, Hempedu Cinta, Mithali Cintaku, Di Sini Pasti dan Jemala Kasih. Album Maafkan Aku sudah berada dalam pasaran dan dijual pada harga RM19.90.

Afee sebelum ini sudah merakam beberapa single solo seperti Inikah Cinta Kita dan Cinta Sang Putri sewaktu membuat ‘comeback’ pada 2006.

Kata Afee: “Selepas dua anggota Utopia meninggal dunia dan seorang lagi mengambil keputusan mengundur diri, saya rasa seperti kehilangan sesuatu.

“Disebabkan semangat Utopia masih mengalir segar dalam diri, saya menguatkan azam kembali solo. Banyak kali juga saya terasa rakan-rakan Utopia yang sentiasa berada di belakang saya bermain muzik yang kini tinggal kenangan.

“Saya akui bukan mudah bersaing membawakan lagu single kerana terpaksa bersaing dengan lagu Bollywood yang lebih mendapat tempat ketika itu.

“Keyakinan sekarang lebih baik kerana lagu Maafkan Aku mula menjadi siulan remaja, peminat baru dan lama yang mengikuti Utopia. Di mana-mana saja membuat persembahan, peminat menyanyi sama dan sering meminta lagu itu. Malah, ada pasangan bercinta memberi tahu mereka tidak jadi berpisah kerana lirik lagu ini membuat pasangan berfikir dua kali dan kembali bersama,” kata Afee, kini berusia 48 tahun dan mempunyai tiga cahaya mata.

Bagi Afee, lagu rock Melayu terutamanya melodi ‘leleh’ dan jiwang masih ada tempat di hati peminat baru dan lama.

“Kebanyakan lagu-lagu yang dikatakan ‘lagu otai’ kini sudah kembali. Bagi saya, inilah jiwa dan zaman kegemilangan rock Melayu masih diminati dan kita masih mempunyai ramai komposer bagus tetapi jarang diketengahkan dan ada antaranya terlepas pandang,” katanya.


Credit info : http://liriklagu.me/lirik-lagu-maafkan-aku-afee-utopia dan www.hmetro.com