Disebalik kejayaan Lelaki ada Wanita - Pasto Maldonado ungguli GP F1 Sepanyol


Pasto n girlfriend - disebalik kejayaan lelaki ada wanita 



BARCELONA - Pastor Maldonado menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan Williams apabila menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Litar De Catalunya semalam.
Maldonado yang memulakan perlumbaan di petak hadapan berjaya mengekalkan momentum itu apabila mengungguli saingan dengan catatan masa 1 jam 39 minit 09.145 saat.
"Kita semua telah melakukan tugas dengan cemerlang," kata pelumba kelahiran Venezuela itu kepada seluruh ahli pasukan Williams menerusi komunikasi radio sejurus melintasi garisan penamat selaku juara semalam.
Sebagai rekod, ia merupakan kejuaraan pertama buat Williams selepas kali terakhir berjaya melakukannya ketika GP Brazil menerusi pemandu Brazil, Juan Pablo Montoya pada tahun 2004.
Dengan kejayaan itu, Williams secara keseluruhannya telah merekodkan kejuaraan sebanyak 114 kali sepanjang beraksi dalam perlumbaan F1.
Lebih manis, ia menjadi hadiah hari jadi paling bermakna buat ketua pasukan Williams, Frank Williams yang menyambut ulang tahun kelahirannya kelmarin.
Kini, Moldonado menjadi pemandu kelima yang berbeza berjaya merangkul kejuaraan dalam saingan musim ini.
Empat perlumbaan sebelum ini menyaksikan gelaran juara dimenangi oleh empat pemandu yang berbeza.
Ia merupakan satu fenomena baharu dalam perlumbaan F1 selepas kali terakhir situasi tersebut dapat dilihat pada 1983.
Pada perlumbaan semalam, pemandu Ferrari, Fernando Alonso menamatkan saingan di tempat kedua diikuti Kimi Raikkonen dari Lotus ketiga. - Reuters