Lontaran objek di dalam Stadium .. perangai buruk penonton bolasepak !!



Semasa menyaksikan Final bolasepak baru-baru ni bro nak cakap sikit pasal tebiat buruk para penonton yang sewenangnya membaling bekas minuman dari tingkat atas ke tingkat bawah stadium padan hal yang duduk dibawah tu pun bukan orang lain sama saja dengan orang yang membaling tu dari tempat atau negeri yang sama yang datang untuk menyaksikan satu perlawanan bolasepak yang dianggap kemuncak untuk satu-satu pertandingan.

Disebabkan sikap penonton yang boleh dianggap pentingkan diri sendiri menyusahkan dan menyebabkan orang lain marah. Bro sendiri pun terkena balingan air colour hijau ... ada dua tiga orang brader-brader dari tingkat bawah yang naik keatas mencari siapa yang membaling bekas minuman .. dengan pekik marah mereka melaungkan kata-kata kesat ,Tak sepatutnya perkara sedemikan berlaku di dalam kita sama-sama berseronok menyaksikan sesuatu pertandingan.


Dalam hal ini penonton tak boleh disalahkan seratus-peratus kita kena tengok kenapa perkara tersebut berlaku ,contohnya para penonton membeli minuman atau makanan yang dijual didalam stadium
tiada satu pun makanan atau minuman yang dibawa masuk kedalam stadium dari luar semua telah diperiksa sebelum masuk kestadium oleh pengawal yang menjaga pintu .

Sepatutnya pihak berwajid mencari cara lain untuk menjual minuman didalam stadium bukannya bekas seperti yang ada sekarang jika kita tengok setiap air yang dibeli didalam bekas hanya ais batu je lebih airnya tak seberapa ni yang menyebabkan para penonton yang minum sedup air je terus baling bekasnya dengan suka hati mereka.

Mungkin juga pihak berwajid boleh  melarang membawa bekas air ketempat duduk penonton .. air hanya boleh dibeli dan diminum ditempat menjualnya sahaja didalam stadium.
Gunakan cawan yang khusus untuk minum di tempat menjual air sahaja
Makanan seperti biji matahari juga seharusnya tidak dibenarkan didalam Stadium sebab persekitaran nya akan dipenuhi dengan kulit-kulit biji matahari.

Kami para penonton bersifat lebih tanggungjawab didalam Stadium dalam sama-sama berseronok meraikan perlawanan dan pihak stadium juga sapatutnya cuba mencari cara terbaik untuk mengatasi masalah ini.