Kelantan Menentang Lions XII : Misi Dua Negara Memburu Takhta Liga Super 2012


Misi memburu kejuaran Liga Super 2012 diantara dua Negara .. Kelantan ( Malaysia ) akan menetang pasukan dari Negara Jiran .. Lions Xii (Singapura ) .

Kelantan adalah pencabar terdekat Lions Xii yang kini gah ditakhta Liga Malaysia dengan kelebihan 5 mata berbanding Kelantan... namun Kelantan mempunyai peluang merampas takhta tersebut kerana mempunyai kelebihan 3 permainan berbanding Lions Xii.

Esok adalah penentu kepada kedua-dua pasukan yang dianggap mempunyai reputasi yang baik dalam Liga Super.

Semestinya Lions akan mengambil kesempatan keatas Kelantan yang mungkin kepenatan kerana mengharungi Separuh Akhir Piala Fa dua hari lepas.

Namun Kelantan akan memberi tentangan hebat dengan sokongan padu peminat The Red Warriors di gelanggang sendiri iaitu Stadium Keramat  Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu.

Aksi ini akan di Siarkan secara Langsung di Astro Arena 801 pada 4 May 2012 mulai pukul 8 malam.

Good Luck The Red Warriors demi maruah Bola Sepak Malaysia. GOMO KELATE GOMO.