Semangat Pahlawan Merah ... TRW Kian Hampir BergayaTundukan Navibank Saigon di Vietnam.



Indra minit ke 80'

M.ghaddar  Minit ke 83'

Carta Kedudukan Kempulan H

KELANTAN hanya selangkah lagi menempah tiket pusingan kedua Piala AFC apabila mempamerkan semangat juang tinggi untuk menewaskan Navibank Saigon 2-1 di Stadium Thong Nhat, malam tadi. 

Keputusan itu membolehkan skuad kendalian Bojan Hodak merampas kedudukan teratas Kumpulan H dengan mengumpul 10 mata selepas kelab Myanmar, Ayeyawady United yang kini mengumpul tujuh mata di kedudukan kedua tumpas mengejut 0-3 kepada Arema Indonesia. 

Red Warriors bagaimanapun dikejutkan pada minit ke-27 apabila pemain import lawan, Edison Fonseca meledak jaringan namun dibatalkan pengadil kerana ofsaid namun pemain kelahiran Colombia itu akhirnya meng gegar gawang Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-34. 

Kelantan semakin tertekan selepas itu dan cuba memburu gol penyamaan dengan memasukkan pemain sayap lincah, Mohd Nurul Azwan Roya dan tonggak import Lubnan, Mohammed Ghaddar pada babak kedua. 

Detik kebangkitan akhirnya tercetus apabila sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin menerjah jaring pada minit ke-80 untuk memberikan harapan kepada Kelantan. 

Selang tiga minit, Ghaddar terus memberikan impak di pentas Asia apabila menjaringkan gol menerusi gerakan solo menewaskan beberapa pemain pertahanan lawan sebelum melambungkan bola mengatasi penjaga gol lawan bagi memastikan Kelantan meraih tiga mata berharga. Ia gol ketujuh Ghaddar dalam Piala AFC musim ini. 

Kelantan kini hanya memerlukan keputusan seri apabila menentang Ayeyawady United pada 8 Mei ini bagi mengesahkan tempat selaku juara kumpulan. 
Credit info : www.hmetro.com.my