Selangkah Ke Final Kelantan vs Kedah 21 April 2012 Live TV1




Selangkah ke final membuatkan seluruh jiwa penyokong The Red Warriors semakin gusar dan tidak sabar-sabar lagi  untuk melihat cabaran yang bakal diberikan Kelantan ketika menentang musuh tradisi daripada utara ini dalam saingan separuh akhir Piala FA. Kehebatan kedua-dua pasukan ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi meskipun Kelantan pernah menewaskan Kedah 3-0 dalam saingan Liga Super, perlawanan ini pasti menjanjikan satu kelainan yang menarik.
Sentuhan keramat Wan Jamak yang sudah biasa dengan tekanan perlawanan menentang Kelantan pasti akan menjadikan Bojan Hodak lebih teliti menurunkan barisan pemain pilihannya kali ini. Persiapan konvoi ke Alor Star sedang diatur rapi oleh seluruh kelab-kelab penyokong dari segenap pelusuk tanahair.
Keyakinan dan kesungguhan mereka adalah tonik luar biasa yang ada dalam jiwa anak-anak Kelantan. Kota Bharu harus menjadi gelanggang mengutip jaringan selesa sebelum berangkat ke Alor Star. Peluang bermain di Kota Bharu sabtu ini mesti digunakan sebaik mungkin oleh kesebelasan pemain dan seluruh penyokong Kelantan yang wajid hadir memenuhi stadium untuk perlawanan ini. GOMO KELATE GOMO.
Credit info : www.theredwarriors.com