Proton Preve' Keluarga Terbaru Proton


Hari ini, Proton Prevé dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa (MIECC), Seri Kembangan.


Nama Prevé diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan seiring dengan hasrat untuk membawa jenama itu ke peringkat global.


Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Prevé disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.


Prevé didatangkan di dalam 3 varian; Premium (RM72,990, 1.6 CFE + CVT Protonic 7-kelajuan), Executive (RM62,990, 1.6 IAFM + 6-kelajuan CVT) dan Executive Manual (RM59,990 5-kelajuan, IAFM).




Gambar-gambar Proton Preve :











Spesifikasi Proton Prevé

  • Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
  • 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
  • Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
  • Stering kuasa hidrolik
  • Brek ABS dengan EBD
  • Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
  • Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
  • Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
  • Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown

Credit Info :http://harianpost.my