Mingguan Malaysia anjur program mface 2 minutes 2 fame


KUALA LUMPUR 10 April - Akhbar Mingguan Malaysia terus mengorak langkah bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai akhbar mingguan terkemuka di Malaysia dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat AC Living Large Sdn. Bhd. untuk menjayakan program interaktif mencari bakat baru melalui laman sosial dikenali sebagai mface 2 minutes 2 fame.
Menurut Pengarang Mingguan Malaysia, Zin Mahmud, program interaktif itu diharap dapat menjadi platform kepada masyarakat negara ini mengetengahkan bakat terpendam mereka selain berpeluang memenangi hadiah menarik.
Antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang ialah iPad 2, wang tunai sehingga RM30,000 selain hadiah utama berupa kereta mewah.
"Kita membuka peluang ini kepada semua golongan termasuk mereka yang sudah berusia supaya berani tampil ke hadapan dan menonjolkan kelebihan masing-masing.
"Jika sebelum ini ada yang pernah menjalani uji bakat untuk memasuki program realiti televisyen, namun kurang bernasib baik, jadi mereka boleh mengambil peluang dengan menyertai program ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) program tersebut di sini hari ini.
MoU itu dimeterai bersama Pengerusi AC Living Large Sdn. Bhd., Datuk AC Mizal Zaini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Penasihat Undang-undang syarikat tersebut, Lai Hon Ping.
Sementara itu, AC Mizal berkata, pihaknya gembira dengan kerjasama tersebut dan berharap ia akan berjaya menarik perhatian masyarakat di negara ini.
"Kita mahu mengetengahkan lagi bakat-bakat baru tempatan ke peringkat lebih tinggi kerana saya percaya masyarakat negara ini juga kreatif dan berpotensi berjaya seperti bintang antarabangsa," katanya.
Jelasnya, beliau dan Adlin Aman Ramli akan menjadi juri tetap selain beberapa selebriti berpengalaman turut dijemput setiap minggu untuk menjadi juri tambahan.
Mereka yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh mula menghantar video berdurasi dua minit di laman sosial www.mface.me dan tiga video yang memperoleh jumlah undian paling tinggi berpeluang membuat persembahan secara langsung di Arena of Star, Genting Highlands.

Untuk Menyertai Boleh Daftar : www.mface.me Setelah memiliki akaun baru boleh menyertai Mface 2minit face .

Gambar Wall mface apabila sudah mendaftar dan membuka akaun Mface:


Upload Video yang anda inginkan .. Video yang terbaik dengan undian terbanyak akan memenangi Hadiah menarik seperti yang dinyatakan dalam sidang akhbar diatas .

Selamat Mencuba jangan lupa Follow Bro : www.mface.me/profile/BrothersSam