Datuk Lee Chong Wei jumpa Datuk Zolkples Embong

KUALA LUMPUR 20 April 2012 - Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wai keluar selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong di MSN, Bukit Jalil di sini hari ini untuk KUALA LUMPUR - Selepas salah faham yang mencetuskan rasa kurang senang kedua-dua pihak kelmarin, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong hari ini bagi meleraikan kekeruhan.

Kegagalan Chong Wei, 29, hadir pada malam Anugerah Sukan Negara 2012 kelmarin menimbulkan kemarahan Zolkples, hinggakan beliau melabel prospek pingat emas Olimpik Malaysia itu sebagai sudah 'besar kepala' dan hanya mementingkan wang semata-mata.

Kenyataan Zolkples itu cukup mengguris hati Chong Wei, yang menegaskan dia gagal menghadirkan diri kerana masalah kesihatan dan tiada kena mengena dengan soal wang hadiah kemenangan yang didakwa Zolkples tidak cukup lumayan untuk menarik jaguh No. 1 dunia itu ke majlis berkenaan.

Apa yang menjadikan ketidakhadiran Chong Wei satu isu yang cukup sensitif kerana majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, justeru ketiadaannya dianggap sebagai tidak menghormati majlis.

MSN mungkin mempunyai alasan untuk marah, manakala Chong Wei juga mempunyai alasan kukuh untuk tidak menghadirkan diri, kerana isu kesihatan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Namun, perkara ini mungkin tidak menjadi terlalu besar seandainya Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebagai badan yang dinaungi oleh pemain itu tampil menjadi orang ketiga.

Sekalipun tidak menjadi orang tengah, BAM mungkin boleh menggelakkan kejadian ini daripada berlaku dengan membimbing pemain itu untuk membuat tindakan yang sepatutnya. Sebagai badan badminton kebangsaan, mereka seharusnya menasihati pemain apa yang patut dan tidak patut dilakukan, jika Chong Wei tetap gagal menghadirkan diri kerana masalah kesihatan, mereka sendiri harus tampil memohon maaf kepada MSN selaku penganjur anugerah dan menjelaskan situasi sebenar.

Dalam kes Chong Wei, BAM bukan saja gagal menjadi orang tengah atau mewakilkan diri mereka bagi pihak pemain, malah Setiausahanya, Ng Chin Chai ketika ditanyakan mengenai kontroversi yang berlaku enggan masuk campur atau mengulas, sebaliknya cuma berkata: "Saya tidak mahu komen kerana saya tidak tahu apa-apa."
Di mana tanggungjawab persatuan terhadap pemain mereka. Apakah Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh juga tidak punya apa-apa untuk diperkatakan dalam hal ini.

Sekali lagi diingatkan, Chong Wei gagal hadir pada majlis anugerah tertinggi sukan negara yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, adakah ini satu perkara remeh bagi mereka?

Menyedari akan sikap tidak peduli BAM terhadapnya, Chong Wei terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan masalahnya, dan difahamkan ia turut mendapat bantuan pihak luar.

Credit info : www.utusan.com.my/h Sukan Negara baru-baru ini. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI AS