Chelsea Ke final Liga Juara - Juara




BARCELONA: Chelsea layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menerusi kemenangan agregat 3-2 selepas seri 2-2 dengan Barcelona pada saingan kedua separuh akhir di Nou Camp.


Chelsea yang bermain 10 orang selepas kaptennya, John Terry dikenakan kad merah pada minit ke-43 akan bertemu sama ada Real Madrid atau Bayern Munich


Tamat separuh masa pertama, Barcelona mendahului jaringan 2-1 ke atas Chelsea pada saingan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Nou Camp, sebentar tadi.


Ini menjadikan kedudukan agregat 2-2 dan kelebihan kepada Chelsea jika kedudukan bertahan sehingga 90 minit permainan kerana kelebihan gol di tempat lawan.


Barcelona membuka tirai jaringan menerusi Sergio Busquets pada minit ke-35,Chelsea dikejutkan apabila kaptennya, John Terry dikenakan kad merah apabila memijak penyerang Barcelona, Sanchez Alexis pada minit ke-36.

Andres Iniesta meletakkan Barca di depan pada minit ke-43 namun Chelsea memperoleh jaringan pada minit ke-46 masa tambahan menerusi Ramires.

Masuk masa kedua, Barcelona hampir memperoleh gol tetapi sepakan penalti Lionel Messi terkena palang.
Barca kemudian kebuntuan memperoleh jaringan meskipun mendominasi serangan dan pada minit tambahan, Fernando Torres meloloskan diri daripada pertahanan Barca untuk gol penyamaan Chelsea.