Anugerah Astro Arena 2012


Pada tahun ini, Astro Arena sekali lagi berbesar hati untuk menganugerahkan penghargaan kepada jaguh-jaguh negara di Anugerah Astro Arena 2012, dan kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan acara yang penuh bermakna ini.

Sebagaimana yang dilakukan sebelum ini, orang ramai juga diberi peluang untuk turut serta melibatkan diri dalam memberikan pengiktirafan kepada bintang-bintang sukan tanahair kegemaran mereka.


Bermula dari sekarang hingga 23 April, para peminat sukan tempatan boleh membuat undian mereka menerusi laman sesawang Astro Arena di : www.arena.my

Selain itu Anugerah Astro Arena 2012 juga bakal mengumumkan nama tiga legenda sukan yang akan terpahat di Dewan Kemasyhuran Astro Arena, serta mengurniakan anugerah khas kepada seorang bekas atlit Paralimpik ke atas sumbangannya kepada Negara.


Jadi jangan ketinggalan untuk menentukan atlet-atlet kegemaran anda yang bakal dinobatkan sebagai pemenang-pemenang Anugerah Astro Arena 2012. Siaran langsung Majlis Penyampaian Anugerah Astro Arena 2012 juga akan ditayangkan pada jam 9.00 malam pada 24 April, eksklusif di Astro Arena (Saluran 801).


Berikut adalah senarai kategori serta calon-calon yang bakal dinobatkan sebagai penerima anugerah:
Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak), Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)
Atlit Wanita Pilihan Berpasukan
Pandelela Rinong (Terjun), Png Hui Chuen (Renang Berirama), Jacqueline Sijore (Bowling), Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal) dan Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)
Atlit Muda Pilihan
Zulfadli Zulkifli (Badminton), Adiq Husaini Othman (Berbasikal), Aaliyah Yoong (Ski Air), Jupha Somnet (Berbasikal) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor(Bola Sepak).
Kebangkitan Pilihan
Sam Chong (Snuker) dan Lee Hup Wei (Olahraga).
Jurulatih Pilihan
Yang Zhuliang (Terjun), Ong Kim Swee (Bola Sepak), Holloway Cheah (Bowling), John Beasley (Berbasikal) dan Lee Jae Hyung (Memanah)
Blog Sukan Pilihan
Haresh Deo(Foul), S S Dhaliwal ( Malaysian Sports), Christopher Raj (Jaiho Malaysia) dan Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)


Perlawanan Pilihan
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011), Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011), Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011),Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014), Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).
Credit info : www.arena.my