Profail Jean Emmanuel Effa -Owana : Permata Import Negeri Sembilan

Nama : Jean-Emmanuel Effa-Owona
Tempat Lahir : Ikbongo
Umur : 28 Tahun
Tarikh Lahir : 26 Dec 1983
Tinggi : 1.90 m
Negara Asal : Cameroon
Posisi : Penyerang 

Dua gol jaringan Effa lenyapkan impian TRW

PENGENDALI Kelantan, Peter Butler mengakui kelibat penyerang import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona menjadi antara faktor kekalahan pasukannya, 1-2 dalam aksi Piala Sultan Ahmad Shah, malam semalam.
Katanya, dia lihat kekuatan fizikal dimiliki pemain import dari Cameroon itu banyak mengucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan.
“Saya akui kelibat pemain itu membunuh pasukan Kelantan pada perlawanan ini. Nyata kelibat pemain nombor 10 (Effa) sukar dikawal.

“Barisan pertahanan kami terlalu kecil untuk mengawal pemain kuat seperti Effa,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.

Bagaimanapun, Butler menegaskan The Red Warriors memulakan permainan dengan baik dan berjaya mengawal rentak permainan.

“Kami bermain dan mengawal permainan dengan baik. Kami memiliki banyak peluang tapi kebanyakan peluang tidak dapat disempurnakan. 
“Di sebalik kami mengawal permainan, dua kesilapan terus menghukum kami. Kesilapan itu terus membunuh peluang kami untuk menang malam ini (semalam),” katanya. - B.Harian