Akmal Rizal Masih Berbisa : Penyerang Perak FA


Nama Penuh : Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Posisi : Penyerang

Tarikh Lahir : 12 Disember 1981 (Umur 30)

Tempat Lahir : Jitra , Kedah , Malaysia

Tinggi : 1.7 m

Status : Berkahwin


Akmal Rizal Ahmad Rakhli membuktikan serangan beliau masih berbisa apabila berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut Negeri Sembilan terlebih dahulu menjaringkan gol melaluai penyerang import berbisa mereka Effa Owana.

Akmal yang masuk mengantikan salah seorang pemain Perak yang tercedera berjaya menjaringkan gol cantik dengan sepakan bolly yang gagal ditangkap penjaga gol Negeri Sembilan Farizal Marlias.

Seterusnya Akmal berjaya menambah gol kedua Perak seturusnya menutup peluang Negeri Sembilan untuk mengumpul tiga mata penuh dan kekalahan pertama Negeri Sembilan.Perak sekarang menghuni tangga ke 4 liga manakala Negeri Sembilan ditangga ke 6.