TERIMA KASIH : SHIDA HARMI !!



Setinggi -tinggi terima kasih kepada Nor Hashidah Harmi ,23, atau lebih dikenali dengan nama " Shida Harmi " yang sudi tampil menjelaskan isu sebenar mengenai Kontroversi penyiaran gambar-gambar beliau dengan Penjaga gol bolasepak negara Khairul Fahmi Che Mat  " Apex " di internet...

Semoga dengan penjelasan tersebut dapat menjernihkan keadaan dan memulihkan reputasi  kedua-dua pihak yang  terjejas disebabkan Kontroversi tersebut ...

Lagipun kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing yang akan di tempuhi mereka ... Apex akan terus bersama Skuad Olimpik yang akan menjalani latihan di Australia untuk persediaan bagi pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 ...

Manakala Shida mungkin sibuk untuk menguruskan majlis Perkhawinan nya bersama pasangannya semoga apa yang di rancangkan oleh Shida dan keluarga  akan berjalan lancar ... Insyallah .
Berkat Doa Ayah dan Ibu Kontroversi Apek selesai ...
Kami sebagai peminat Khairul Fahmi Che Mat " Apex " merasa bersyukur atas penyelesaian Kontoversi tersebut ... Semoga tiada lagi Konteroversi selepas ini ...