SYARAT-SYARAT UNTUK LAYAK MEMOHOM BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA


Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ahli atau ketua dalam keluarga yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah kurang RM3000 layak memohom Bantuan Rakyat 1(BR1M) Malaysia RM500.

Merangkumi Individu yang berkhawin ,Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan , bujang yang mempunyai tanggungan warga emas  atas 60 tahun sebatang kara juga layak memohom.

Setiap anak yang berkhawin yang tinggal bersama ibubapa berpendapatan kurang RM3000 di kira berlainan juga layak memohom seperti ibubapa mereka yang pendapatan kurang Rm3000.

Pendapatan Kasar bermaksud pendapatan Suami dan isteri serta tanggungan yang masih bujang, hanya ketua rumah sahaja yang layak memohom.

Kementerian Keawangan membuka Bilik Gerakan Operasi di talian Hotine BR1M 1-800-222-500 dari pukul 9 pag i sehingga 5 petang waktu berkerja  bermula semalan bagi orang ramai mendapatkan penjelasan mengenai BR1M .

Pendaftaran permohomnan BR1M bermual 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012 , borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan , Jabatan Penerangan Malaysia , Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN) dan akhbar tempatan.

Kementerian juga membuka pendaftaran di Sekolah Terpilih , Dewan Komuniti dan Dewan orang ramai yang berdekatan dibantu oleh petugas sambilan untuk melancarkan pendaftaran tersebut.