JUARA USTAZAH PILIHAN MILIK : USTAZAH FIRUZ AKHTAR BT MOHAMAD BOKHARI


Graduan Pengajian Islam dan Asia Barat Universiti St Louis ,Washington Firuz Akhtar Bt Mohamed Bokhari, 27  yang berasal dari Kuala Lumpur dipilih sebagai Juara pertama program Realiti Ustazah Pilihan yang bersiaran di Astro Oasis .

Peringkat Akhir berlangsung di Pusat Konyeksyen Shah Alam ( SACC ) ... beliau berjaya menewaskan tiga finalis lain di peringkat akhir tersebut.

Tahniah kepada semua pemenang ...

Johan berjaya memenangi sebuah kereta , wang tunai RM20,000 berserta trofi , tempat kedua di menangi oleh guru bahasa arab dari Johor Nurul Hidayah Kamaruddin memenangi wang tunai RM15,000 dan trofi.

Tempat ke tiga milik Siti Fatimah Mohd Sharif dari Kuala Lumpur memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi , Tempat ke empat Masfira Hilman dari Johor memenangi wang tunai Rm5,000 dan trofi .