FAM : TIDAK LANJUT TEMPOH PENDAFTARAN PEMAIN LIGA SUPER 2012 KEKAL TAMAT 08.12.2011


Persatuan Bolasepak Malaysia tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran pemain liga super untuk musim depan ... Tempoh pendaftaran akan tamat Khamis ini ... kata Setiausaha Agung FAM Datuk Azzudin Ahmad.

Beliau berkata jika dilanjutkan akan memberi masalah kepada  pihak sekreteriat untuk menyediakan Jadual perlawanan, pengadil perlawanan dan lain-lain.


Jika setiap pasukan gagal menyerahkan senarai penuh pemain mereka menjelang Khamis ini .. mereka di nasihatkan untuk mendaftar pemain terutama pemain import dalam musim kedua pendaftaran iaitu dari 6 hingga 20 April tahun depan.