TV3 RAKAN PENYIAR SUKAN SEA KE-26




TV3 menjadi rakan penyiar Sukan Sea Indonesia ke-26 dalam usaha menyemarakkan lagi sukan tanah air,setelah sekian lama kita tengok TV3 tidak menyiarkan liputan  sukan secara langsung, hanya lintasan melaluai info sukan di Buliten mereka sahaja kini mereka kembali menyiarkan acara sukan yang berperstij  iaitu Sukan Sea ke-26 yang akan berlangsung di Indonesia.


Sebagai televisyen yang mempunyai rating paling tinggi, liputan menyeluruh yang disajikan TV3 akan memberi peluang kepada rakyat menghayati perjuangan atlet bertanding di temasya dwi tahunan itu, bermula 11 hingga 22 November ini.


Langkah ini pastinya akan memberi pulangan besar bukan saja dalam menaikkan nama atlet dan negara malah memberi keuntungan semula kepada penaja mereka apabila liputan sukan itu dapat diikuti secara meluas,” katanya pada sidang media majlis pelancaran TV3 sebagai rakan penyiar rasmi Sukan Sea ke-26 dan Telekom Malaysia Bhd (TM) sebagai rakan penaja di Sri Pentas, Bandar Utama semalam


Bagi kepuasan penonton, TV3 akan menyiarkan siaran langsung setiap hari bermula jam 3 hingga 5 petang. Selain itu, rangkuman selama sejam akan bersiaran pada Selasa dan Rabu bermula jam 11.00 malam manakala Khamis hingga Isnin pada jam 12.30 malam. Laporan khas selama lima minit setiap hari pula diperuntukkan untuk Buletin Utama sepanjang temasya berlangsung

Bagi penonton yang mahu menyaksikan upacara pembukaan dan penutup Sukan Sea ke-26, mereka juga boleh menonton menerusi laman web, www.tonton.com.my.



Info lengkap lawati :-http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TV3rakanpenyiarSukanSeake-26/Article/index_html