TAK PANDAI GUNA KECANGGIHAN TEKNOLOGI !!

Kisah di Plaza Tol ....

Sering kita tengok di plaza tol ... terutama waktu puncak dan waktu balik pejabat mesti akan sesak suasananya namun yang peliknya  buka semua lorong yang sesak hanya lorong " bayaran tunai " je yang sesak ... mengapa erk .... ?
Jika kita tengok dua lagi lorong yang menggunakan To n Go dan Smart Tag lengang je tak perlu beratur namun lorong bayaran tunai juga yang menjadi pujaan ... jika dia orang drive lori atau bas tak kisah le mereka guna lorong tunai sebab mereka tak leh guna lorong  Touch n Go atau Smart Tag ...

Pihak Plus atau pihak-pihak lebuhraya yang lain mereka juga menyarankan para pemandu menggunakan kemudahan terkini untuk membayar Tol seperti guna kad Touch n Go atau Smart Tag ... dengan menggunakan ini kesesakan di lorong- lorong tunai tidak lah ketara ...

Kad Touch n Go banyak di jual dimerata rata tempat seperti di Plus atau Petrol Pump yang terpilih tambah nilai juga mudah untuk di tambah ditempat-tempat tersebut..

Jika punyai sedikit kelebihan Smart Tag adalah cara yang terbaik untuk membayar tol Pandu dan Lalu sahaja ... pack permulaan ada di jual di Plaza - plaza tol terpilih takda la mahal sangat bukannya nak beli selalu ...

Terpulang lah kepada pemandu nak pilih yang mana jika rasa elok menggunakan lorong tunai guna lah bersedia lah untuk beratur panjang jangan potong Q dan hilang sabar lak disebabkan lama menunggu ... mula le kata juru toll lembab dan sbagainya ...

Teknologi canggih orang dah cipta kita cuma hanya menggunakan sahaja guna lah takda lah orang kata kita mundur teknologi ... Fikir -fikirkan ...